top of page

SYARAT PENYERTAAN

1. Kategori :

  • Sekolah (Sekolah Rendah/ Menengah/ SBP/ SBPI/ MRSM/ Sekolah Antarabangsa dll)

 

  • IPT & Universiti (Kolej Komuniti / Politeknik / UA/ US/ IPTA / IPTS)

 

** Penyertaan boleh terdiri daripada:-

      a) Pelajar sahaja

      b) Guru/ pensyarah sahaja

      c) Gabungan pelajar & pensyarah/guru

 

2. Setiap penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan seperti di lampiran A yang disertakan.

 

3. Kos projek/hasil inovasi adalah tanggungjawab setiap peserta

 

4. Setiap penyertaan dikenakan sebanyak RM100.00 sebagai yuran.

 

5. Setiap penyertaan akan dinilai oleh 3 orang juri.

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan bagi bidang pendidikan.

 

2. Hasil inovasi mestilah ciptaan asli peserta dan tidak menciplak mana-mana produk/hasil inovasi yang lain.

 

3. Peserta perlu menyediakan laporan berkaitan produk/hasil inovasi yang mengandungi:

  • Tajuk produk/hasil inovasi

  • Nama peserta/kumpulan/program/unit/sekolah/jabatan

  • No. kad pengenalan

  • Tarikh produk/hasil inovasi dihasilkan

  • Kepentingan produk/hasil inovasi

  • Kaedah/Cara penggunaan produk/inovasi

  • Impak produk/hasil inovasi

  • Kos produk/hasil inovasi

  • Gambar produk/hasil inovasi

  • Pelan/gambarajah teknikal jika berkaitan

  • Pengubahsuaian/penambahbaikan

  • Pencapaian-pencapaian (jika pernah menyertai pertandingan)

 

4. Peserta perlu menyediakan poster bersaiz A3 mengikut templat yang disertakan (muat turun).

 

5. Penyertaan adalah dibuka kepada produk/hasil inovasi yang dihasilkan dalam tempoh 2 tahun terakhir (2014-2015)

 

6. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan tertakluk kepada undang-undang berkaitan perkomputeran sedia ada.

 

7. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

bottom of page